Produk Penyalut Polisterina

Produk Penyalut Polisterina

Produk Penyalut Polisterina

Produk Penyalut Polisterina

Produk Penyalut Polisterina

Produk Penyalut Polisterina

Isnin, 29 September 2014

Dr. Saiful Bahari

Pada minggu ke-3, para pelajar telah diberi penyelia masing-masing. Dr. Saiful Bahari telah memilih saya sebagai pelajar bawah penyeliaannya. Antara pelajar yang bersama saya dibawah penyeliaan Dr. Saiful adalah Reno, Awang, Ikram, Khairul Azwa, Shaiful Hafizan, Razlan, Nelson dan Qistina.

Dalam kalangan kami, ada yang telah mempunyai idea untuk dikembangkan,  namun masih ada yang masih tercari-cari idea yang mantap untuk kembangkan bagi projek tahun akhir ini, termasuk saya.

Kebanyakkan tajuk yang diketengahkan oleh rakan saya ialah yang melibatkan automotif. Tidak kira berkaitan air, jalan raya, rel kerete api sehinggakan keudara. Apa sahaja yang berkaitan automotif akan menjadi tajuk utama. Hal ini kerana, Dr. Saiful mempunyai kepakaran dalam bidang automotif selain reka bentuk yang lain seperti furniture dan produk.

 Gambar Dr. Saiful Bahari
(untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik link Dr. Saiful Bahari Mohd Yusuf)

















Rabu, 17 September 2014

                                                                    Pergi ziarah rumah Pak Tahir,
                                                                Singgah dibawah pohon durian,
                                                                   Saya pelajar tahun akhir,
                                                                  Harap banyak doa-doakan.

Minggu pertama adalah minggu paling penting dalam minggu pembelajaran pada semesta ini. Para pelajar diberi keterangan mengenai tugasan yang perlu dilakukan iaitu projek tahun akhir ataupun PTA.

Dr. Musdi menggalas tanggungjawab sebagai penyelia PTA pada tahun ini dan dibantu oleh beberapa pensyarah rekabentuk industri yang lain iaitu Dr. Saiful, Dr. Firdaus, Puan Maizatul, dan Encik Muhyidin.

 Pelbagai idea kasar yang dibawa untuk diketengahkan bagi PTA ini. Antaranya adalah:
1. Gelang penggera
2. Perahu sampah
3. Kerusi berdiri
4. Kajian berasaskan kulit kerang
5. Pembakar ikan

Proposal bagi tajuk-tajuk ini telah dihantar kepada penyelia projek bagi menentukan projek yang akan diterima untuk kajian PTA serta menentukan 'supervisor'